Wednesday, November 4, 2020

Jururawat pulang ke kampung di Kelantan, 4 ahli keluarga termasuk bayi 22 hari dijangkiti Covid-19


Kepulangan seorang jururawat ke kampung halamannya telah menyebabkan empat ahli keluarga termasuk bayi berusia 22 hari dijangkiti Covid-19. 


Difahamkan, jururawat berkenaan bertugas di hospital swasta di Selangor dan pulang ke kampungnyua di Kelantan, baru-baru ini telah menjangkiti empat ahli keluarganya yang melibatkan bayi iaitu anak saudaranya dan neneknya berusia 75 tahun. Dua lagi mangsa merupakan ibu dan adik kepada jururawat berkenaan. 


Menurut laporan MalaysiaKini, jururawat itu pulang ke kampung bersama dengan seorang rakannya pada Oktober lalu sebelum kembali bertugas di Selangor dan disahkan positif Covid-19 pada 29 Oktober 2020. 


"Jururawat tersebut pulang ke rumah ibu bapanya, kemudian singgah bertemu neneknya ketika mahu kembali ke Selangor. 


"Selepas itu kami penduduk kejiranan kampung mangsa mendapat berita mengenai nenek dan adiknya sakit dan disahkan dijangkiti Covid-19," kata sumber tersebut.


Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan pertambahan dua kes Covid-19 baru di Kelantan yang berpunca dari jangkitan kes indeks dari Selangor. 


Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata, pihaknya telah melakukan 70 ujian saringan terhadap kontak rapat yang melibatkan empat kes baru di Kuala Balah, Jeli, sejak Isnin lalu. Pihaknya turut memantau pergerakan ahli keluarga yang dijangkiti. 


"Kita berharap keputusan yang akan keluar dalam tempoh terdekat ini adalah negatif," katanya. 


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment