Monday, November 9, 2020

Kelantan luluskan cadangan kenaikan gaji EXCO dan ADUN, RM3,000 - RM5,000


Meskipun ramai rakyat yang membantah, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini tetap menaikkan gaji EXCO dan ADUN dengan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) saraan, pindaan 2020. 


RUU itu terdahulu dicadangkan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai suatu enakmen dengan tiga kali bacaan. Pindaan itu katakan dikemukakan berikutan keadaan pada masa ini yang agak mencabar selain sebagai satu perlarasan elaun antara negeri Kelantan dengan negeri lain. 


"Tugas anggota pentadbiran dan ADUN kini semakin berat dan membawa harapan tinggi daripada rakyat terutama ketika berdepan wabak Covid-19. Oleh demikian, kerajaan mencadangkan pindaan dibuat terhadap RUU berkenaan. 


"Adalah diharapkan dengan pindaan ini akan mendorong anggota-anggota pentadbiran dan ahli-ahli yang berhormat untuk bekerja lebih gigih dan membantu untuk berkhidmat kepada orang ramai pada tahap yang maksimum," katanya. 


Mohd Amar berkata demikian pada Persidangan DUN Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini. Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob memberi laluan kepada ahli DUN yang lain untuk membahas cadangan itu, tetapi tiada seorang pun wakil rakyat yang berbuat demikian. 


Portal Harian Metro sebelum ini melaporkan EXCO dan ADUN Kelantan akan menikmati kenaikan gaji pokok dari RM3,000 hingga RM5,000 selepas RUU saraan anggota pentadbiran dan ahli-ahli dewan negeri yang dipinda, diluluskan. 


Sumber: Harian Metro


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment