Saturday, November 21, 2020

'Konon nak pulangkan face mask' - Suami cabul budak yang diasuh isterinya


Polis menahan reman seorang lelaki yang disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang diasuh oleh isterinya.


Timbalan Ketua Polis Daeraeh Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kejadian itu berlaku pada jam 12 tengah hari, 3 November 2020 di rumah mangsa di Desa Menteri. 


Difahamkan, suspek berusia 45 tahun itu datang ke rumah ketika mangsa bersendirian di rumah. Suspek kononnya mahu memulangkan pelitup muka milik mangsa berusia sembilan tahun. Mangsa kemudian membenarkan suspek masuk ke dalam rumah. 


Di dalam rumah, suspek memanggil mangsa duduk di sebelahnya lalu dicabul. Mangsa yang terkejut terus menjerit menyebabkan suspek melarikan diri. 


Mangsa terus menghubungi dan memaklumkan kejadian itu kepada ibu saudaranya. 


Jam 9 malam, ibu saudara mangsa bersama dengan suaminya terserempak dengan suspek yang baru saja pulang dari tempat kerja. Mereka cuba memanggil suspek, tetapi dia bertindak melarikan diri. 


Berlaku pergelutan di antara kedua-dua pihak sebelum suspek berjaya ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya untuk tindakan lanjut. Suspek direman selama seminggu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 


Sumber: Harian Metro


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment