Wednesday, November 18, 2020

Kucing halau gajah empat tan ceroboh masuk halaman rumah untuk mencari makanan


Seekor kucing peliharaan jenis Calico (3 warna) dirakam cuba menghalau seekor gajah empat tan yang menceroboh masuk ke halaman rumah tuannya untuk mencari makanan.


Kucing yang diberi nama Simba berusia tiga tahun itu tanpa sebarang rasa takut bangkit 'melawan' gajah itu yang masuk ke halaman rumah untuk mencari makanan dan insiden itu berlaku pada malam Selasa, 17 November 2020, di Nakhon Nayok, Thailand. 


Simba langsung tidak berasa takut dengan gajah yang memiliki saiz jauh lebih besar darinya, malah mampu membunuh manusia dengan hanya satu langkah. Gambar menunjukkan bagaimana Simba menghalau gajah liar itu keluar dari kawasan rumah. 


Menurut penduduk, gajah yang diberi nama Pai Salick  itu berusia 35 tahun dan selalu menceroboh kawasan rumah dan kebun penduduk untuk mencari makanan. 


Renjer Taman Tempatan, Amnat Norasin berkata, "Gajah itu tinggal di hutan, tetapi dia selalu jalan-jalan di sekitar rumah penduduk pada waktu malam untuk mencari makanan. Penduduk pun dah kenal gajah itu. 


"Pemilik rumah itu kata, kucing peliharaannya sangat agresif dan tidak suka haiwan lain masuk ke kawasannya," katanya. 



Dianggarkan lebih kurang 2,000 gajah liar tinggal di dalam hutan Thailand dan jumlah itu sama dengan jumlah gajah yang berada dalam kurungan. Gajah-gajah ini bebas berkeliaran di hutan dan juga taman negara yang dilindungi. Namun, adakalanya haiwan ini menimbulkan masalah apabila mereka menceroboh tanah penduduk yang mengusahakan tanaman. 


Selain itu, haiwan besar itu menjadi ikon negara Thailand dan telah banyak menyumbang kepada budaya Thailand berabad lamanya. 


Gajah merupakan haiwan yang dilindungi di Thailand. Mana-mana individu yang didapati membunuh haiwan itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 3 tahun dan denda 1,000 baht (RM134).


Sumber: Daily Mail


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment