Friday, November 13, 2020

Lelaki pedo liwat budak dalam tandas kedai runcit sejak Mac - Oktober, ditahan polis


Polis menahan seorang peniaga runcit yang dilaporkan meliwat seorang kanak-kanak lelaki beberapa kali di tandas premisnya sejak Mac lalu. 


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, suspek berusia 34 tahun ditahan pada Selasa lalu, 10 November 2020, selepas mangsa berusia 12 tahun itu memberitahu ibunya mengenai perbuatan keji lelaki itu. 


Ibu mangsa yang terkejut mendengar kejadian yang menimpa anaknya itu terus pergi ke Balai Polis Selayang untuk membuat laporan pada Isnin, 9 November 2020. 


Dalam laporan itu, ibu mangsa memberitahu suspek yang dikenalinya itu berniaga di kedai runcit di Batu Caves, telah meliwat anaknya ketika berada di dalam tandas kedai. 


Kejadian itu berlaku sejak Mac lalu dan kali terakhir suspek mengerjakan anaknya pada 29 Oktober lalu. 


Bertindak di atas laporan itu, polis menahan suspek dan direman selama seminggu untuk disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment