Thursday, November 5, 2020

'Saya teringin pergi jumpa keluarga arwah, mohon maaf di atas segalanya' - Ibu suspek


Tiada ibu yang mahu melihat anaknya dihantar ke penjara atau digantung sampai mati akibat dari perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan.


Ibu kepada suspek kes pembunuhan Siti Nur Surya, bagaimanapun redha dengan apa yang telah berlaku dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk menentukan hukuman terhadap anaknya, meskipun dia percaya anaknya tidak bersalah. 


"Selama ini dia dengar kata saya, sebab saya hidup serba kekurangan, tak pernah mengeluh. Kalau mengadu pun pada dia hanya mengenai kesusahan hidup yang kami lalui. Maklumlah saya hanya tukang cuci sahaja. 


"Dia hanya bercakap, 'Tak apalah ma, kakak bela nasib kita nanti kalau kakak dapat kerja'. Dia nak jadi cikgu, dia anak baik, boleh kongsi masalah. Tetapi sekarang ini saya serah kepada polis, saya tetap mendoakannya," kata ibu suspek, memetik laporan khas dari Astro Awani. 


Menurut ibu suspek, anaknya dengan arwah Siti Nur Surya merupakan rakan baik dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Adalah sukar untuk dia membayangkan apa yang berlaku pada mangsa. Tetapi dia menyimpan hasrat untuk menziarahi keluarga arwah. 


"Tentulah saya teringin untuk pergi berjumpa sendiri dengan keluarga Allahyarham Surya. Mereka orang baik, tanggungjawab dan kewajipan saya untuk pohon kemaafan di atas segala yang berlaku. 


"Mereka tentunya terlalu sedih yang sukar digambarkan lebih daripada saya. Tapi buat masa sekarang, urusan saya sekeluarga dengan pihak polis agak banyak dan saya akui berada dalam keadaan terkejut dan tertekan. 


"InsyaAllah saya akan pergi ziarah keluarga Allahyarham Siti Nur Surya," katanya dalam nada yang amat sayu. 


Dia mengakui kehidupan mereka susah kerana kemiskinan dan anak perempuannya itu pernah beberapa kali menolak tawaran melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi. Tetapi anaknya tidak pernah merungut. 


"Pernah juga sampai ke tahap terpaksa tangguh bayar duit yuran sekolah dia kerana tidak ada duit. Nak buat macam mana?" katanya. 


Sementara itu, jiran keluarga itu berkata, suspek jenis yang jarang keluar dari rumah. Hanay duduk di rumah dan tidak pernah mendengar suspek terlibat dengan apa-apa masalah. Dia langsung tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku dan sukar untuk dipercayai. 


Sumber: Astro Awani


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment