Thursday, November 19, 2020

Suami tetak leher & kepala isteri kerana cemburu melihat mangsa pegang kemaluan jiran


Cemburu melihat isteri curang dengan jiran, mendorong suami bertindak menetak isterinya dalam kejadian yang berlaku di Lampung, Indonesia. 


Berdasarkan sumber, lelaki berusia 40 tahun itu sudah mula menghidu aroma kecurangan isterinya, 30, dengan jiran, 43, sejak kebelakangan ini. Bagi memastikan sangkaannya itu benar, si suami berpura-pura keluar dan memberhentikan motosikalnya tidak beberapa jauh dari rumah. 


Perlahan-lahan si suami menghampiri rumahnya dan melihat apa yang berlaku di dalam rumah melalui celah-celah dinding rumah kayu dan ternyata benar dan rasa curiganya selama ini terjawab apabila dia melihat isterinya memegang kemaluan jiran. 


Tanpa menunggu lama, si suami terus masuk ke dalam dan mengeluarkan parang yang dibawa. Si jiran yang terdengar suara lelaki itu bergegas melarikan diri melalui pintu belakang, manakala si isteri pula segera memakai semula pakaiannya. 


Si suami bertanya kepada isterinya di mana lelaki itu, tetapi tidak dijawab. Berang melihat isterinya diam sahaja, si suami terus menghayun parang ke leher isterinya. Tidak cukup dengan itu, dia juga menetak kepala mangsa. 


Mangsa bernasib baik sempat diselamatkan saudaranya yang datang ke rumah, lalu dikejarkan ke Hospital Pringsewu dan keadaannya kini stabil. 


Tidak dapat menerima perbuatan suspek, keluarga mangsa membuat laporan polis dan bertindak di atas laporan itu, suspek telah diberkas. Dalam masa yang sama juga, suspek membuat laporan terhadap isterinya berzina dengan jiran. - Agensi


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment