Monday, November 16, 2020

Tengkorak retak dipukul member sebab tak approve friend request di Facebook


Kepala seorang lelaki mengalami keretakan akibat dipukul oleh samseng hanya kerana mangsa tidak mengesahkan permintaan suspek untuk menjadi rakannya di laman Facebook. 


Mahkamah Newscastle Crown dimaklumkan, mangsa yang merupakan duda, dipukul di bahagian belakang kepalanya sehingga menyebabkan tengkoraknya retak dan pendarahan di dalam otak. 


Mangsa juga disahkan mengalami Bell's palsy - keadaan yang menyebabkan penghidapnya kurang kawalan saraf di salah satu sisi wajahnya. 


Menurut laporan portal Chronicle Live, suspek dan mangsa sebelum itu berada di luar sebuah kelab malam di Consett, Durham pada Julai lalu. Suspek, Anthony Dixon, yang mempunyai 87 rekod jenayah berkata, dia tidak senang dengan kerenah di media sosial. 


Kemudian dia memberitahu lelaki lain yang dia akan memukul mangsa tetapi dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian kerana dia 'orang yang baik'. 


Pendakwa Raya David Comb berkata, "Mangsa berada di luar premis, sedang menghisap rokok apabila tertuduh datang ke arahnya lalu menhayunkan penumbuk di bahagian muka. Serangan itu menyebabkan mangsa terjatuh ke lantai, lalu suspek mengambil peluang itu untuk memukul belakang kepalanya. 


Dixon berbuat demikian kerana berang dengan mangsa yang tidak menerima permintaannya untuk menjadi rakan di Facebook. 


Tertuduh yang berusia 31 tahun berasal dari Henley Gardens mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu. Malah dia turut mengaku di atas dakwaan lain yang berkaitan dengan kes serangan terhadap kakitangan kecemasan dengan menyerang dan memukul mangsa. 


Kes itu berlaku pada bulan Mei di mana dia telah memukul mangsa dengan botol kaca dan menendangnya di bahagian perut, ketika Dixon berada dalam keadaan digari untuk menunggu rawatan di hospital. Dixon juga mengugut untuk menggigit muka dan menyondol kepala pegiawai polis. 


Sumber: Daily Star


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment