Monday, November 2, 2020

(Video) 'Bila melihat mereka berdua, mata saya bergelinangan' - Pasangan bantu dua beradik mengemis depan KFC Likas


Viral di media sosial video dua beradik mengemis di depan sebuah restoran makanan segera, mengundang perasaan sebak netizen. 


Menurut Samuel Lee Wui Phung, insiden itu dirakam di KFC cawangan Likas, Sabah. Pada awalnya dia berasa kasihan melihat dua beradik itu yang kelihatan lapar dan mungkin tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli makanan. 


Samuel kemudian menghulurkan sedikit wang kepada dua beradik itu.


"Pada awalnya, saya hanya hulur sedikit duit untuk kanak-kanak itu. Tetapi apabila saya nampak mereka berdua mengira duit itu, mata saya bergelinangan. 


"Dalam masa yang sama, teman wanita saya sedang menapau makanan di KFC, lalu saya suruh belikan sekali untuk dua budak itu," katanya. 


Sebaik saja menerima makanan itu, terpancar rasa kesyukuran di wajah dua beradik itu. Mereka kemudian menunjukkan thumbs up kepada Samuel sebagai isyarat berterima kasih di atas pemberiannya itu. 


"Bila tengok reaksi sebenar dari budak-budak itu membuatkan saya tak tahu nak cakap apa.. Semoga mereka diberkati Tuhan. Virus Covid-19, tolonglah pergi. Rakyat sedang menderita," tulisnya di kapsyen video tersebut.



Di media sosial, netizen memuji kebaikan Samuel dan pasangannya yang sudi membantu dua beradik itu. 


Semoga mereka yang berada dalam kesusahan, dipermudahkan urusan, dilimpah rezeki yang mencukupi, dilindungi dari sebarang musibah. 


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment