Thursday, November 19, 2020

(Video) Burung Merpati 'malas terbang', selamba naik tren macam manusia buat penumpang terpegun


Viral di media sosial video sepasang burung merpati dengan tenang dan selamba menaiki tren dan kemudian keluar seperti biasa apabila pintu terbuka, membuatkan netizen bingung dan mendakwa burung itu seperti tahu apa yang mereka lakukan. 


Video yang dimuat naik Farohnatt di laman TikTok menunjukkan dua burung itu berdiri berdekatan dengan pintu sambil memerhati permandangan dalam insiden yang berlaku di Sydney, Australia. 


Apabila tren mula perlahan dan berhenti di stesen, burung merpati itu kelihatan bersiap sedia untuk keluar. Sebaik saja pintu terbuka, kedua-duanya dengan yakin dan berlagak seperti manusia, berjalan keluar dari tren. 


Kagum dengan kelakuan dua burung merpati itu, lelaki yang merakam video itu sempat melambai kepada mereka melalui tingkap. 


Video tersebut telah ditonton lebih dari 417,000 kali sejak dimuat naik di laman TikTok pada 14 November lalu dan ramai netizen terpegun melihat kelakuan burung merpati berkenaan. 


@farohnatt

Don’t wanna fly birds so just catch the trains from Central to Redfern instead.

♬ original sound - Nuttawut Kongtawin

"Ini bukan burung malas, tetapi burung yang bijak," kata netizen yang tidak bersetuju dengan teks dalam video viral itu. 


"Diorang keluar macam penumpang biasa. Ni mesti dah biasa buat dan ini bukan kali pertama diorang buat camni. Nampak melucukan juga, tapi harus diakui diorang ni burung yang bijak," kata netizen lain. 


"Diorang pergi dating ni," tambah netizen. 


Menurut portal Psychology Today, burung merpati di bandar adalah bijak dan mampu mengira dari angka satu hingga sembilan. Malah burung ini juga mampu memahami 58 perkataan manusia, menjadikan mereka juga pandai seperti cimpanzi dalam banyak perkara. - Agensi


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment