Sunday, November 8, 2020

(Video) 'Mampus kau! Hahaha!' - Lori terlajak di simpang lampu isyarat ditahan polis


Umum mengetahui sesebuah kenderaan berat seperti lori memerlukan jarak yang jauh untuk berhenti sepenuhnya. Disebabkan itu juga ramai yang tidak berani berada di hadapan lalu lori kerana bimbang dilanggar atau dirempuh. 


Viral di media sosial semalam, video dashcam pengguna jalan raya di sebuah persimpangan lampu isyarat menunjukkan kegagalan seorang pemandu lori memberhentikan kenderaannya sehingga nyaris melanggar kereta peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM). 


Pada detik awal video tersebut, jelas kelihatan lori itu dipandu dengan laju dan tidak menunjukkan sebarang tanda pemandunya mahu memperlahankan kenderaan. Sedangkan pengguna jalan raya selalu diingatkan untuk memperlahankan kenderaan apabila melalui persimpangan lampu isyarat sebagai persediaan untuk berhenti sekiranya lampu isyarat bertukar. 


Bagaimanapun, pemandu lori dalam video viral ini gagal berbuat demikian dan memikirkan dia sempat melepasi lampu hijau sebelum bertukar kuning dan seterusnya merah. Akibatnya, lori yang dipandu tidak mempunyai jarak yang mencukupi untuk berhenti lalu terlajak ke depan melebihi garisan.


Dalam masa yang sama, kenderaan yang lain di lorong bertentangan sudah mula bergerak selepas lampu isyarat bertukar warna hijau. 


Bimbang melihat kehadiran kereta peronda itu, pemandu lori terbabit segera mengundurkan kenderaannya. Dalam fikirannya, mungkin akan terlepas dari sebarang tindakan. Tetapi sangkaan itu meleset apabila kereta peronda itu berhenti dan menyalakan lampu biru yang membawa maksud pemandu itu akan dikenakan tindakan. 



Di media sosial, netizen berkata, "Murah rezeki abang lori dipertemukan dengan abang polis," yang juga bermaksud sindiran terhadap pemandu terbabit. 



Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment